Tekanan - Kisahku Tekanan

Tekanan



Alhamdulillah, syukur di bawah rahmat kasih sayang Allah SWT. Setelah melewati fasa-fasa duka kisahku, kini aku bangkit meneruskan perjalanan. Biasalah jatuh bangun dalam kehidupan.

Mereka mungkin berjaya membinasakan hatiku, namun JIWA anugerah Allah SWT masih kekal UTUH dalam diri. Tiada hati namun aku ada JIWA.

Kini aku sedar, hidup ini kita punya pilihan. Aku memilih untuk punya JIWA yang INDAH. Senantiasa hidup dengan kisahku yang indah-indah. Hidupkan memang indah.

Bahagia itu sangat mahal harganya, senantiasa berusaha untuk jadi wanita yang terbahagia di dunia dan akhirat, Insya Allah. Aamin.

Pada mereka, moga Allah SWT memberikan mereka petunjuk agar menjadi insan yang tidak menyakiti orang lain. Walaupun orang yang disakiti itu tidak sedar pada mulanya, akhirnya semua akan terbongkar pada waktu yang tepat. Fikirlah, apakah hukum kepada manusia yang telah membuatkan manusia lain hidup tanpa hatinya.Hatinya bukan setakat hancur tapi telah binasa. Fikir-fikirkanlah.

Pada kamu yang mungkin membaca secebis coretan JIWA ku... Andai kamu masih tidak mahu mengalah dan masih jua mengganggu rezeki yang Allah SWT kurniakan kepada aku, maka kamu bukan berhadapan denganku lagi, kamu berhadapanlah dengan pencipta rezeki ITU. Aku pasrah sebab aku sangat YAKIN jika rezeki itu milikku hingga ke syurga maka ianya tetap begitu .

Berlian itu akan aku jaga sebaik mungkin, Insya Allah. Aamiin.

Catat Ulasan

0 Ulasan