Halaman

Dinar 999.9

Ainraihan | Jumaat, April 29, 2016 | 0 Komen |

Visualkan impian anda!!! Aku MESTI ada DINAR  ~ Disember 2016. PASTI dalam gengaman. Go Woman. Be BRAVE. YOU CAN !!!

Endometriosis

Ainraihan | Jumaat, April 29, 2016 | 0 Komen |




Baca buku tentang endometriosis . Apa itu endometriosis ? Hah! jemput baca buku ini yew hehehe ... nak ilmu kenelah usaha sikit.

Kata Kunci : Endo ~ Dalam
                      Metra ~ Rahim

Sedikit kata kunci untuk pengetahuan pembaca yang singgah blog kisahku ... Moga-moga kita semua wanita yang mempunyai kesihatan rahim, Insya Allah. Aamiin.

Kesuburan Wanita

Ainraihan | Khamis, April 28, 2016 | 0 Komen |





Alhamdulillah, kisah hari ini. Preggy Love khas bagi membantu wanita yang ingin mendapatkan zuriat dan bagi wanita yang ingin tambah zuriat lagi. Aku mengambil keputusan untuk menjadi agent berdaftar preggy love sebab ini lah kisahku.

Pelbagai kata pernah dilemparkan, air mata sudah kering yang tinggal adalah semangat untuk terus berusaha dan membantu wanita mengapai impian. Insya Allah. Aamiin.

Perjalanan kisahku bukan mudah namun inilah yang membuatkan aku KUAT. Kepada pembaca yang singgah diblog kisahku dan ingin sembang-sembang berkenaan preggy love, boleh whatsapp di talian 013 3109360.

Salam ukhuwah buat semua wanita. Aku sayang kamu semua.

Akar kayu AJAIB

Ainraihan | Selasa, April 26, 2016 | 0 Komen |



Tajuk biar gempak sikit. Memang sedang berusaha nak tambah zuriat lagi. Maka gigih mereneh akar kayu ajaib nie hehehe... akar kayu ini aku campurkan sekali dengan buah zuriat dan madu. Setahun sorang lah lepas ini. Masin mulut aku boleh lah turunkan ilmu.

Gambar bawah tuw , aku tengah belajar berselfie. Senyum pun ala-ala aje. Jadilah... Tudung home made by me ok. Siap promosi lagi kau , Raihan. Kelasss gituw. Pipi ada babam sikit , almaklumlah wanita terbahagia di dunia kan. Jangan jeles ok. Nak tahu rahsia bahagia, harus ada pengerasnya. Gurau aje yew....

Cinta itu bukan memiliki tapi cinta kepada manusia hanya pinjaman. Cari lah cinta abadi, kerna itu yang lebih membahagiakan.

Senyum, lihat dan berdiam. Itu yang terbaik.

Goreng pisang HOT !!!

Ainraihan | Rabu, April 20, 2016 | 0 Komen |




Goreng pisang terlajak panas dan sedap. Hemmm ... nyum nyum

Resepi senang aje, tepung gandum campur tepung beras sikit, garam dan sedikit perasa. Air untuk campurkan semua bahan. Kacau-kacau lepas itu goreng dengan minyak sederhana . Siap ...


SIAKAP STIM LIMAU ALA THAI

Ainraihan | Selasa, April 19, 2016 | 0 Komen |

SIAKAP STIM LIMAU ALA THAI
(PRIK KEE NOO)
Bahan2 :
1 ekor ikan siakap sederhana besar
4 ulas bwg putih
1 biji bwg holland
1 kiub pati ayam
5 biji cili padi
2 inci halia
2 batang serai
3 sudu sos ikan
1 cawan jus limau nipis
1 sudu gula
Sedikit daun ketumbar + cili merah + hirisan limau utk hiasan
Cara2 :
Bersihkan ikan..kelar ikan supaya sos meresap..
Sapukan ikan dengan kiub pati ayam yg dicampur sedikit jus limau + air
Masukkan serai yg telah diketuk ke dlm perut ikan
Masukkan ikan ke dalam pengukus
Campurkan sos ikan + gula + jus limau nipis dan tuangkan ke atas ikan
Cincang halus bwg putih + cili api + halia dan taburkan ke atas ikan
Last skali masukkan bwg holland yg dipotong halus...kukus sehingga ikan masak
Hiaskan dengan daun ketumbar + limau + cili merah
Perkongsian resepi masakan dari whatsap group sahabat masakan . Terima kasih kpd sahabat masak-masak ummi Soffi Ijam. Saya memang suka makan ikan siakap stim nie. Emmmm, sedap yew.



Hasil perkongsian resepi dari group whatsapp sahabat masakan kisahku. Sekali sekala , catatan tentang resepi polak hehehe ... Selamat mencuba.

Istilah bercinta

Ainraihan | Isnin, April 18, 2016 | 0 Komen |



Istilah Bercinta
Lirik Lagu 
Ramli Sarip

Kau kata kau cinta
Kau kata kau sayang
Kini entah di mana
Tiada lagi kemesraan

Kau kata setia
Hanya aku saja
Tapi hilang ke mana
Tiada lagi keriangan

Ku tabahkan hati
Ku genggam azimat
Untuk kubalut luka semakin mendalam
Biar kuhadapi walaupun tergugat
Akan kubenamkan biar jadi debu

Kini ku mengerti istilah sebenar
Di dalam bercinta
Tiada kepastian tiada penentuan
Akan kebahagian
Semua pancinta haruslah berkorban
Tiada batasan




Antara lagu yang sangat aku suka dengar. Dengan lagu ini aku menjiwa satu rasa. Rasa yang mungkin tidak dimegertikan oleh sesiapa pun jua. Biar lah ...

Macam orang putus cinta aje kan hehehe ... biasalah, kadang kala kisah semalam bila dikenang mencuit rasa . Siapa tak pernah putus cinta kannn ... walaupun telah membawa haluan masing-masing, kita pernah punya rasa yang sama dahulu. Kini mendoakan yang terbaik untuk diri dan keluarga masing-masing.

Kita memang tidak tercipta untuk bersama, aku punya kisahku kamu punya kisah kamu. Be the best and get the best life.

Kisahku ...

PREGGY LOVE

Ainraihan | Khamis, April 14, 2016 | 0 Komen |

Doakan yang terbaik untuk kisahku. Semoga hujung tahun ini dapat baby. Insya Allah. Aamiin.

Unlimited Power

Ainraihan | Rabu, April 13, 2016 | 0 Komen |


Assalammualaikum...

Hari ini kalau ada teman-teman yang singgah blog kisahku. Tercari-cari buku yang best nak dibaca, boleh lah cari buku seperti dalam gambar. Best taw buku ini.

Saya sedang baca buku ini. Sedikit yang boleh saya kongsikan, apabila ketakutan boleh ditukarkan menjadi kekuatan. Bagaimana. Sambung baca buku yew hehehe...

Biodata bulan September itu, saja saya letak. Saya kannn lahir bulan September.

Main Masak-Masak

Ainraihan | Selasa, April 12, 2016 | 0 Komen |





Semalam istirehat, makanya aku pun main masak-masak. Ok layan gambar.

Doaku untuk mu

Ainraihan | Jumaat, April 08, 2016 | 0 Komen |

Selfie

Ainraihan | Khamis, April 07, 2016 | 0 Komen |

 Selfie dipagi hari... senyum yang indah-indah untuk dapat kisah yang indah.

Jalan-jalan cari makan

Ainraihan | Rabu, April 06, 2016 | 0 Komen |



Ok kisah hari ini waktu lunch time hehehe ... semua makan ikan keli  goreng, aku sorang aje tak makan ikan keli. Naseb badan... nampak tak betapa happy yew kalau waktu makan tiba.

Hari ini pakai shawl ungu. Made by Raihan Ahmad. Berangan nak bis shawl polak... macam-macam lah ko nie Raihan. Isteri siapa lah tuw. Entahlah. Kisahku bukan kisahmu ok. Ikut aku punya suka-suki. Ok bye.

Pulau Perhentian, Terengganu

Ainraihan | Rabu, April 06, 2016 | 0 Komen |





Jom pergi cuti-cuti luaskan pandangan. Bestkan dapat bercuti ke Pulau Perhentian. Aku pernah pergi sekali. Waktu awal-awal kahwin dulu. Kira ala-ala bulan madu gituw hehehe ...

Ingat nak pergi lagi lah, kali ini nak bawa my sweet Soffi. Mesti dia teruja. Alahai .. seronok dapat tengok ikan dalam laut.

Tunggu ulang tahun perkahwinan ke 15, nak sambut di sana . Insya Allah. Aamiin.

Cabut gigi

Ainraihan | Selasa, April 05, 2016 | 0 Komen |

Kisah hari ini, My sweet Soffi cabut gigi ditemani oleh Abi. Ummi kerja tak dapat nak teman. Alhamdulillah dah selesai. Tak nangis sebab dah biasa cabut gigi kat klinik. Cabut gigi dari kecik kat Klinik Norhaya.

Terima Kasih En Suami sebab memahami Pn Isteri. Sayang ketat-ketat.

Lukisan Alam

Ainraihan | Selasa, April 05, 2016 | 0 Komen |




Memandang sesuatu yang indah akan membuat diri kita senantiasa bahagia. Allah Maha Besar. Lihatlah lukisan alam, tercipta sangat indah sekali.

Cantik memukau pandangan mata. Saya suka warna biru.

Aksi

Ainraihan | Isnin, April 04, 2016 | 0 Komen |


Aksi kami bertiga bergambar hehehe ... inilah kisahku.

Nasi Beriani Budget Hot ...

Ainraihan | Jumaat, April 01, 2016 | 0 Komen |

 Alhamdulillah, kisah hari ini. Tercetus lah ilham Nasi Beriani Budget Kisahku. Nak tahu sedap ke tidak , boleh  order tapi hanya pada hari Jumaat sahaja.

Nasi Beriani Budget Hot Home Made By Raihan Ahmad, Kisahku.
Kisahku © . Designed by MaisarahSidi.com