IKHLAS - Kisahku IKHLAS

IKHLAS





Mudah menyebut namun sangat sukar untuk melaksanakan.

Aku sendiri belajar belajar belajar dan terus belajar tentang IKHLAS. Mungkin mulut berkata ikhlas namum jauh di sudut hati masih berkata-kata.

Kita ini tak sesempurna mana. Kita ini manusia yang bernama hamba, hamba Allah. Susah untuk dimergertikan. Bagi kita tentu sahaja kita berbuat betul namun pada pandangan orang lain kita salah. Pandangan sisi manusia kan berbeza-beza.

Aku pernah dibaling batu, ditolak ke curam paling dalam. Berkali-kali terkena dan berkali-kali bangkit semula.Berdarah sana sini, sakit sana sini, cedera sana sini. Nak menangis pun sampai sudah tidak mampu lagi. Sudah kering air mata.

Itu kisah lalu. Biarkan lah ...

Segala kedukaan itu, andai kamu bisa lihat di wajahku, kamu akan nampak. Itulah kesan kelukaan semalam. Hari ini aku belajar bangkit dengan IKHLAS. Memancarkan aura-aura keindahan. Memadamkan duka semalam.

Aku ingin KUAT seperti pohon itu, aku juga ingin KUAT seperti akar itu. Doakan aku.

Catat Ulasan

0 Ulasan