Jumaat, 24 November 2017

TERBUANG TAPI TERBILANG !!!





Alhamdulillah.

Setelah 10 bulan berada di sini, semalam aku dan sahabat perpustakaan berjaya menyelesaikan buku-buku yang beratur tepi dinding ni. Memang rasa pelbagai rasa dalam hati ni. Cabaran mengambil alih tugasan dari orang lain.

Agaknya berapa tahun masa yang diambil untuk buku-buku ni beratur sampai macam tu sekali. Allahuakhbar.

Aku juga manusia yang punya rasa. Ada kala aku lelah sendiri, letih memikirkan tentang manusia. Aku tahu aku pun tak sempurna. Banyak kurangnya dan banyak dosaku. Aku juga manusia.

Ada masa, aku fikir sangat kejam perbuatan itu. Meninggalkan begitu sahaja . Tarik nafas lepas ... Sesiapa pun pasti akan terasa bahangnya. Nak nangis aku dah kering air mata. Apa lagi yang aku boleh buat. 10 bulan aku lihat aje. 10 bulan !!!

Ya Allah, terasa nak diluah pun aku tak mampu. Sayu aje kan hati ni. Sedih sangat-sangat. Akhirnya setelah merancang beberape bulan. Semalam dengan gigihnya aku dan sahabat perpustakaan bergotong royong kasi bersih buku-buku beratur ni.

Memang semalam, rasa dah tak berdaya, lemah longlai jasad ni. Biar pun ada sahabat perpustakaan yang membantu, aku sebagai IBU di sini tak menang tangan ke hulur ke hilir memastikan segala apa yang di rancang berjalan dengan lancar.

Waktu menulis catatan ini pun aku masih rasa sayu. Alhamdulillah, Allah beri kekuatan kepada aku. Aku catatan rasa ini bukan untuk beritahu satu dunia apa aku rasa , cuma aku nak bagitau kepada diri aku sendiri dan kepada yang sudi baca, kita ini lemah, selemah mana pun kita jangan sampai berbuat zalim pada orang lain. Cuba buat yang terbaik apabila diberi amanah. Sehabis daya kita buat. Tak mampu cuba, tak mampu buat. Jangan campak kan sahaja tanggungjawab yang tertangguh masa kita berdaya kepada orang lain. Tak baik buat macam tu. Kesian kepada orang lain.

Catatan dari aku orang TERBUANG TAPI TERBILANG. Tidak dipandang tidak mengapa, telan rasa pahit sebarkan rasa manis seindah cahaya mentari yang menyinari alam .

Aku dan Kisahku.


Isnin, 20 November 2017

Berbudi kepada tanah.





Berbudi kepada tanah. Walaupun tanahnya di isi ke dalam pasu tapi tetap segar bugar hasilnya. Asyik sekali rasa di jiwa. Segar gituw ...

Pagi nie datang sahaja ke sini nampak hasil bercucuk tanam. Terus terasa energi semangat nak tanam tanaman hijau keliling banglo ilmu di Taman. Mesti bestkan. Alahai ...

Muhasabah diri sekejap. Terfikir, kita memang boleh merancang itu dan ini. Namun, perancangan Allah SWT adalah yang terbaik dan terhebat. Siapa sangka, walau tercampak ke sini tapi tetap ada manisnya pengalaman itu.

Buang rasa sedih, baiki diri, ambil energi positif. Insya Allah, semua baik-baik. Husnuzon husnuzon !

Kita nie, di campak ke laut menjadi pulau, di campak ke darat menjadi gunung. Semangat!!!

Aku cakap dengan Bos ... Bosss , Ku sangka derita rupanya bahagia aku di sini. Alhamdulillah.

Namun bak kata pepatah, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Macam mana pun Daerah jugak yang aku terkenang-kenang. Eh !!! Ter pepatah pulak. Jangan marah .

Rindu!!!

Rabu, 1 November 2017

Biru yang menawan.









Terkadang bila duduk sorang-sorang, emosi sedikit terusik. Toleh kanan toleh kiri. Pandang depan pandang belakang. Tengok di pintu dan tingkap, manusia lalu lalang.

Aku masih setia di sini. Buku teman setia. Kadang bila sedang ralit buat kerja ada komuniti datang ajak sembang-sembang. Bukan sembang hal orang tapi sembang tentang hasil tanah. Seronok aku dengar.

Itu aku yang bermata biru. Teringin benar nak pakai cincin batu biru. Kenapa biru. Sebab itu adalah unsur aura diri aku. BIRU aku lahir hari RABU.

Hadirnya kita ke dunia , Allah SWT cipta bukan untuk suka-suka. Ada amanah dan tanggungjawab yang harus dipikul. Ya Allah, entah kenapa malam tadi mata keluar air mata tak henti-henti bila mendengar ayat surah Al Waqiah. Gerun rasa.

Aku manusia. Bila sampai waktu kembali jua. Aku tak sempurna , aku ini banyak dosanya. Selalu alpa dan selalu lupa.

Aku ... Hamba Allah.


Jumaat, 27 Oktober 2017

Mimpi


Bila mimpi itu datang lagi. Adakah satu petunjuk ataupun mainan tidur. Allahuakhbar. Hanya pada Allah aku mohon perlindungan. Aku tidak tahu tetapi Allah Maha Mengetahui.

Aku manusia biasa. Bertawakal kepada Allah SWT, itu adalah pilihan terbaik.

Diam berjuta kali untuk sekian kalinya. Tidak habiskah lagi ???

Khamis, 26 Oktober 2017

Bertukar... dan Naik ke atas!








Semalam sewaktu pergi bertugas di Taman, sambil bawa kereta sambil berfikir. Alhamdulillah, Allah SWT atur cantik untuk takdir perjalanan hidup kisahku. Bertukar awal yang sepatutnya tidak jadi bertukar.

Petang, tersinggah ke Daerah sebentar, ada urusan yang perlu diselesaikan. tanpa sengaja tersembang dan terlihat wajah sahabat seumur hidup, beb. Ada rasa simpati, namun apakan daya. Nak tolong aku pun terikat dengan tugas di Taman. Paling terkesan bila beb cakap, Akk pun tak tahu masih kekal atau tidak. Sayu aje dengar.

Terkeluar ayat-ayat angin bertiup tentang mereka. " Aku bila kene tukar aku akan panjat, aku akan NAIK jumpa pengurusan "  Aku senyum aje. Aku cakap kat beb. Aku bila kene tukar, aku NAIK jugak, tapi NAIK kan tangan memohon DOA agar semuanya baik-baik, Insya Allah.

12 tahun berkhidmat, aku sudah berada di 3 suasana kerja yang berbeza. Mereka ? Itu rezeki mereka. Alhamdulillah. Rezeki kekal berada di zon selesa. Bukan manusia yang beri, itu rezeki pemberian Allah SWT. Hargai dan syukuri selalu. Jaga elok-elok rezeki itu.

Bagi aku bila ditukarkan di tempat baru, selalu aku ingatkan diri. Husnuzon Raihan, Husnuzon Raihan. Insya Allah. Bahagia akan selalu berdampingan dengan kamu. Alhamdulillah.

Terima kasih Allah. Alhamdulillah.

Orang yang HEBAT bila diuji dia REDHA.


Gambar memori di awal pertukaran ke Daerah. Bila ukhuwah terjalin, yang tertinggal adalah kenangan manis. Rindu bertamu di jiwa. Love you all beb beb !!!

Khamis, 12 Oktober 2017

Aku



Alhamdulillah.

Kembali menulis di sini. Melihat dari pelbagai warna mata yang berbeza-beza. Oppp! dah pandai tukar warna mata. Tapi cermin mata tak pernah tinggal.

Sekarang bertugas sendirian di sini. Ada kala sibuk memanjang melihat telatah manusia. Ada kala sunyi memanjang lantas buku adalah sahabat akrabku. Tiada kata " bosan " dalam kamus kisahku. Hidup ini sangat indah. Tidak pernah bosan untuk mengecapi setiap saat dan detik.

Minat membaca yang disemai oleh abah dan guru-guru membuatkan aku dan buku bagaikan aur dan tebing. Dulu hari-hari abah baca suratkhabar. Abah tak pernah jemu beli dan baca suratkhabar. Aku pulak suka masuk pusat sumber sekolah. Ada kelapangan pasti pusat sumber sekolah menjadi destinasi tetap. Suka dengan buku.

Pada usia 39 tahun ini pastinya aku sudah memutuskan sesuatu yang perlu aku beri fokus yang mendalam. Bukan main-main lagi kerna aku semakin mendekati tarikh pasti iaitu tarikh mati. Bukan kah usia manusia itu sendiri adalah teka teki. Tiada siapa pun yang tahu melainkan DIA.

Lebih banyak membaca dan berfikir. Mengatur langkah satu persatu ke destinasi yang pasti kekal di sana. Dua sahaja pilihan yang diberi, SYURGA atau NERAKA.

Aku manusia yang senantiasa berusaha untuk menjadi hamba Allah yang benar-benar hamba kepada NYA. Ada waktu tersasar atas kelemahan diri sendiri. Aku manusia yang mudah lupa dan alpa. Allah... Maafkan hamba Mu ini.

Moga kita senantiasa istiqomah dalam melakukan kebaikan . Insya Allah. Aamiin.

Selasa, 19 September 2017

Sendiri mencari diri





Alhamdulillah, tahun 1438 sudah sampai ke penghujungnya. Tahun ini dilalui dengan pelbagai rasa. Hidup kan bagaikan putaran roda. Kejap di atas kejap di bawah. Akhir tahun nie, pelbagai perkara mengasak fikiran. Sebab itu, aku ambil pendekatan diri untuk mendiamkan diri buat sementara. Kata orang tu, nak cari diri sendiri.

Khamis ini , Insya Allah, masuk bulan baru 1 Muharam 1439. Ikut bulan Islam, 1438 aku berusia 40 tahun. Ikut tahun 2017 aku 39 tahun. Kejap aje dah masuk umur 40 tahun. Pejam celik pejam celik dan 40 tahun. Macam mimpi pun ada, tapi itulah realitinya. Biar pun ada orang kata, umur sekadar angka namun pasti ada sebab angka itu kannn....

Tarik nafas, lepas berlahan-lahan. Terasa dah terlalu lama aku nie. Tapi diri sendiri masih tak kenal-kenal. Masih terkapai-kapai. Apa yang aku nak cari sebenarnya dalam kisahku ini. Aku perlu menekankan pada satu fokus sahaja dalam kisahku. Insya Allah, yang lain pasti datang secara semulajadi.

Dunia hanya sementara. Aku ini hanya musafir sahaja. Fokus memandang kepada kehidupan yang abadi kerna di sana kampung yang kekal. Moga diberi keimanan dan kekuatan dalam menghadapi ujian-ujian dalam kisahku. Insya Allah. Aamiin.

Selamat tinggal 1438 dan Selamat datang 1439. Aku tetap aku di kisahku.

Rabu, 2 Ogos 2017

Hari ini aku mengerti...




Bila baca, tiba-tiba hari ini dapat hikmat di sebalik ujian. Yup memang benar, aku manusia tak punya hati, kerna hatiku telah hancur. Bisa dan sakitnya masih terasa namun apabila aku membaca kata-kata ini buat aku senyum dengan tenang.

Alhamdulillah. Ada sebab mengapa aku menghadapi ujian itu. Kini aku lalui kisahku berbekalkan jiwa yang padu hanya untuk Allah yang Satu.

Aku tahu, aku juga manusia. Terkadang lelah dengan segala kerenah manusia. Namun aku senantiasa belajar. Selalu ingatkan diri, dunia nie tak lama mana pun. Sebentar cuma. Walau ada kesakitan dan kepedihan, usaha membaluti dengan mendekatkan diri kepadaNya. Itu pilihan terbaik.

Cebisan kisahku kelmarin. Hari ini aku mengerti ...

Isnin, 17 Julai 2017

CODING SCHOOL








Agak jarang-jarang aku update catatan tentang anakanda tercinta Soffi Ijam. Alhamdulillah, Soffi dan berusia 11 tahun. Sekejap aje masa berlalu. Dah besar anak Ummi dan Abi.

Tahun ini Soffi akan menduduki peperiksaan UPKK untuk Sekolah Agama. Doakan moga Allah SWT beri kelancaran dan kemudahan kepada anakanda kesayangan. Doa , Soffi dapat meraih kejayaan dalam peperiksaan UPKK, Insya Allah. Aamiin.

Ujian Penilaian Kelas Kafa - UPKK 2017 dari 2 Oktober hingga 5 Oktober 2017. Soffi Ijam , BOLEH!!!  Sayang dia ...

Khamis, 13 Julai 2017

Buku Baru




Bila buku baru masuk, mula lah mata nampak bersinar-sinar. Ibarat macam dapat emas gituw. Best yew dapat buku baru.

Jom lah kita membaca bila ada ruang masa terluang. Membaca satu keseronokan.

Rabu, 12 Julai 2017

Nasi Lemak Legend dTaman






Alhamdulillah, rezeki orang kene tukar selang 5 tahun hehehe ... Mula-mula kene tukar ke desa sedih lah juga. Tak pasal-pasal ternaik nama aku. Tapi didik diri untuk redha. Berbakul-bakul beb bagi nasihat.

Orang kata kalau dah jodoh tak ke mana kannn. Jauh macam mana pun , pasti bertemu jua. Tu dia ayat minta penamporrr ...

Aku nie memang peminat giler dengan nasi lemak. Mana-mana pergi nasi lemak totap dijiwa. Moh lerrr tengok gambar nasi lemak legend nie. Buat hati jadi meracau tau hahahaha...

Sedap tak ingat, makan sorang-sorang pun masih boleh layannn sampai pejam-pejam mata. Peh! marvelous bak kata orang tu.

Hai lah, macam mana nak kurus macam dulu-dulu nie. Asyik makan nasi lemak aje kerja yew. Hemmm...

Rabu, 5 Julai 2017

Aidilfitri 1438 / 2017









Aksi bergambar keluarga kecil Kisahku di pagi raya pertama. Alhamdulillah.

Inilah Kisahku, masih lagi melalui perjalanan kehidupan di dunia. Penuh warna warni. Salam Aidilfitri , Maaf Zahir dan Batin dari Kisahku.

Selasa, 13 Jun 2017

Siput yang mengubah sejarah


Bila duduk sorang-sorang di sini. Lepas habis semua tugasan. Takde kerja lain selain membaca buku. Tarik lah mana-mana buku yang berkenan dek mata ni hehehe

Best jugak buku ini. Kita menyelusuri tentang sejarah-sejarah orang terdahulu. Pernah dengar tak," Sejarah Pasti Berulang " kalau pernah dengar, jom baca buku ini. Banyak ilmu yang boleh kita serap, Insya Allah.

Membaca tak rugi malahan boleh buat kita lebih tahu dengan berilmu. Jom baca buku.

Khamis, 1 Jun 2017

Kamus Dewan



Adalah sangat penting bagi yang bercita-cita untuk menjadi penulis memiliki kamus ini. Sangat berguna untuk kita lebih mendalami tentang Bahasa Malaysia.

Dapat bonus memang nak beli kamus ini satu. Dah teruja! Tak sabar nak memiliki versi yang terbaru. Nanti aku terjah kedai buku.

Khamis, 25 Mei 2017

Selamat berpuasa, ramadhan bakal muncul lagi.



Home Sweet Home. Selamat berpuasa kepada semua teman-teman yang singgah di blog kisahku ini.

Alhamdulillah.

Selasa, 25 April 2017

Erti Bahagia




Erti bahagia apabila kita boleh senyum sampai nampak gigi. Ya Allah, bertambah bulat pulak aku tengok gambar sendiri.

Gambar terbaru , semalam punya kisah dapat lepak santai di sawah suami tercinta. Semakin rajin bawa isteri dan anak turun sawah ambil angin santai-santai gitu.

Cinta itu bagai graf ... ada pasang surut. Bagaimana kita mengemudinya, perlu ada ilmu. Alhamdulillah, 17 tahun bersama, tawa tangis itu ibarat roda yang berputar. Jodoh itu milik Allah SWT yang hakiki. Itulah yang membuatkan aku senantiasa bahagia. Aku tahu, Allah beri yang terbaik dalam Kisahku.


Khamis, 13 April 2017

Pusat Aktiviti Warga Emas



Alhamdulillah, semalam dapat jugak pergi ke sini untuk menyumbangkan majalah Al Islam yang boleh dijadikan bahan bacaan santai-santai.

Mempunyai 500 ahli berdaftar dan 100 ahli aktif, membuatkan tempat ini sesuai untuk kita sama-sama meneroka apa yang boleh kita sumbangkan kepada mereka.

Kita juga bakal tua, sedikit usaha moga menjadi saham akhirat, Insya Allah. Aamiin.


Selasa, 11 April 2017

Perlu ke POPULAR



Bagiku biar begitu. Manusia nak pandang tak nak pandang, terpulang. aku tetap terus melangkah.Yang penting dalam perjalanan kisahku, Allah senantiasa ada. Itu sudah cukup.

Jumaat, 7 April 2017

Be Strong




Terus melangkah walaupun berkali-kali disakiti. Aku akan tetap tersenyum dan tenang di sini. Insya Allah. Aamiin.