3 kaunter - Kisahku 3 kaunter

3 kaunter




3 kaunter 3 jiwa. Amboi bukan main lagi. Ini bermakna aku dah bertukar sebanyak 2 kali. Dari pekan bertukar ke daerah, satu kali. Dari daerah bertukar ke desa, dua kali. Berkhidmat dari tahun 2005 hingga kini. Alhamdulillah, sudah hampir 13 tahun. Dari sambilan ke jawatan tetap. Syukur rezeki tinggal di kampung.

Di pekan bertugas bersama 2 rakan sekerja. Di Daerah bertugas bersama 8 rakan sekerja. Alih-alih di desa bertugas sorang-sorang hehehe... cabaran orang mulut suka membebel bila kerja sorang, dengan meja kaunter pun boleh sembang . Dari meja kaunter tepi tingkat, aku alih ke bawah kipas. Walaupun dah tak berape badang, kuatkan jugak diri sebab rasa terpanggang bila kaunter sebelah tingkap.

Tahun ini masuk tahun kedua di sini. Aku nie memang tak akan bertahan lama pada sesuatu tempat kerja. Paling lama 6 tahun lepas tu harus aku bertukar ke persekitaran baru. Dah rezeki, redha. Kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan. Tak gitu ...

Cabaran di desa ini, tak seperti di pekan dan daerah, di desa kita kene berdikari lebih sebab ketua kita yang selalu tengok dan monitor tu yang paling tinggi kedudukannya. Siapa ? Hai bukan sorang ke ? Allah kan selalu ada. Allah Maha melihat apa jua yang kita lakukan. Bila nak buat sesuatu, selalu ingatkan diri sendiri. Raihan, ingat Allah Maha Melihat. Ingat tu ...

Yup, sendiri bukan bererti aku bebas melakukan apa jua. Masih menekuni prinsip prinsip dan displin displin kakak-kakak senior yang menurunkan ilmu. Mereka umpama guru yang mengajar dalam diam. Redha guru tu penting. Walaupun ada kala terbabas tergelincir, namun selalu berusaha tampar diri sendiri. Bila sakit, baru sedar yang kita harus melakukan dengan baik dan terbaik.

Tidak gemilang di dunia tidak mengapa, tidak pernah merasa rendah diri sebab aku harus sedar yang aku sememangnya rendah sebab asal usul dari tanah. Aku bukan diciptakan dari unsur unsur langit tapi aku diciptakan dari unsur-unsur tanah. Mesti rendah diri. Itu pegangan dan azimat ku.

Ini perjalananku, ini rezeki kurniaan dari Allah SWT. Bersyukur ...

3 kaunter dan Aku Kisahku

Catat Ulasan

0 Ulasan