Halaman

Doa

Ainraihan | Isnin, Mei 21, 2018 | 0 Komen |



Ramadhan 1439H

Ainraihan | Selasa, Mei 15, 2018 | 0 Komen |


Alhamdulillah, Allah SWT masih memberi rezeki kehidupan buat aku untuk sampai di bulan penuh keberkatan ini. Walaupun dalam keadaan yang sudah bertukar ke Malaysia baru, aku tetap aku yang lama hehehe ...

Ini aku seadanya. Usia pun semakin meningkat dan menuju ke alam yang satu. Moga aku terus istiqomah meneruskan kehidupan melalui jalan yang di redhai oleh Nya, Insya Allah. Aamiin.

Salam Ramadhan Al Mubarak, maaf andai ada salah silap diri ini. Moga peroleh ibadah dalam kecintaan kepada Allah SWT, Aamiin.

Ramadhan 1439H dan Aku Kisahku

Golongan VIP dan Impian Aku

Ainraihan | Isnin, Mei 07, 2018 | 0 Komen |





Mendedikasikan impian 11 tahun untuk merasai energi percutian berstatus golongan VIP. Lama terpendam impian yang satu ini. Pelbagai suka dan duka terpaksa diharungi. Sebelum aku menterjemahkan impian ini menjadi realiti, doa doa doa harus aku lakukan setiap hari tanpa pernah kenal erti jemu.

Bagi orang yang berstatus dari golongan VIP, mungkin percutian ini biasa-biasa sahaja. Namun bagi aku si budak yang pernah merasai apa itu yang bernama " miskin " yang mana sarapan pagi hanya sepinggan nasi lemak berharga 20 sen sahaja di bawah pokok tepi sekolah sudah tentu percutian ini amat memberi kesan ke dalam hati bintang ini.

Syukur kepada Allah SWT , aku tadahkan tangan. Aku berbicara dengan DIA. Hanya pada DIA segala rasa hati ini diluahkan. Alhamdulillah, alhamdulillah.

Hidup ini sememangnya banyak pilihan. Yang mana satu pilihan yang ingin kita ambil, seharusnya kita tahu, kita ada DIA untuk membimbing kita.

Terjemahan IMPIAN menjadi REALITI. Percutian VIP di LEXIS Hotel Port Dickson, Negeri Sembilan.

Golongan VIP dan Impian Aku di Aku Kisahku
Kisahku © . Designed by MaisarahSidi.com